Setiap kali kita melayari web browser, pasti kita akan taip "www" disusuli nama domain tersebut. Anda tahu apa itu WWW? Hari ini, admin kongsi serba sedikit ilmu IT kepada semua pembaca.
WWW adalah singkatan World Wide Web. Ia adalah nama yang diberikan pada bahagian internet yang boleh di akses melalui pelayar web. Carilah apa nama website, pasti anda akan nampak "www" tersebut. Pelayar internet yang popular ketika ini adalah Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan pelbagai lagi pelayar web yang berada dipasaran.
Kewujudan WWW ini bermula pada tahun 1990 yang diasaskan oleh Sir Timothy John Berners-Lee, seorang Engineer dan Computer Scientist.yang berkelulusan Oxford University. Pelbagai usaha yang beliau lakukan sebelum kewujudan "www" dan kini, penggunaan "www" sudah meluas dan telah menguasai dunia.
Inilahs erba sedikit apa itu WWW. Diharap, informasi ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.