Alhamdulillah, selesai pemasangan Jam Solat TV di Surau Al-Amin, Alam Sari Kajang Selangor. Pihak AJK Surau Al-Amin berminat untuk mendapat 1 unit device Jam Taqwim Solat PRO untuk kegunaan Surau di sana.
Semasa pemasangan, kami melihat Surau Al-Amin sudah dilengkap TV dan sistem visual yang lengkap yang memudahkan kami memasang sistem Jam Taqwim SOlat PRO ini. Setelah pemasangan dan menguji setiap peralatan di sana, kami menyediakan latihan dan penerangan cara penggunaan sistem Jam Taqwim Solat PRO ini.
Latihan dan penerangan ini dihadiri 5 orang AJK Surau Al-Amin. Dalam sesi ini disertakan sesi pertanyaan dan persoalan bagaimana sistem ini berfungsi dan beroperasi. Alhadulillah, semua AJK di sini memahai konsep sistem ini dengan jelas.
Kami berharap, pihak Surau Al-Amin Alam Sari dapat menyampaikan matlumat dan informasi kepada jemaah Taman Alam Sari dengan cepat dan tepat.