Permintaan Jam Taqwim Solat semakin hari semakin meningkat permintaannya. Setiap hari, admin akan menerima dan pertanyaan berkenaan Jam Taqwim Solat ini. Kami di Rizq Tech Solution mempunyai beberapa software dan versi Jam Taqwim Solat ini. Yang penting Jam Taqwim Solat ini dipaparkan secara digital.
Jika anda pernah bertanyakan kepada kami, pasti ada beberapa orang akan sedikit pening untuk memilih yang manakah mereka patut beli kerana kami mempunyai 3 solusi untuk Jam Taqwim Solat. Berikut adalah solusi yang kami ada :
Jam Taqwim Solat Basic
Jam Taqwim Solat Basic ini adalah satu software yang ringkas tetapi boleh memaparkan waktu solat 5 waktu dipaparan TV anda dan boleh tambah sedikit informasi. Hanya slide gambar sahaja yang dibenarkan dan ia perlu dikawal melalui device secara terus.
Pro
- Boleh memaparkan slide dengan resolusi tinggi iaitu 2048 x 1447.
- Software yang mesra pengguna.
- Boleh set tarikh penting dan program kuliah.
Cons
- Perlu kemaskini melalui media player yang disediakan.
- Perlu sambungan internet untuk kemaskini taqwim
- Tidak boleh masukan video ke dalam slide
- Tidak mempunyai bunyi notifikasi semasa waktu solat sudah masuk.
- Hanya paparan sahaja kelihatan
Jam Taqwim Solat PSD Series
Jam Taqwim ini adalah produk terbaru dari kami. Jam Taqwim Solat ini seakan Jam Taqwim Solat Pro tetapi terdapat kelainan didalamnya.
Pro
- Boleh pilih 4 paparan mengikut kesesuaian anda.
- Boleh masukan video dan gambar tanpa had
- Tiada caj tahunan seperti kemaskini taqwim solat
- Boleh upload gambar Masjid sebagai paparan utama
- Terdapat countdown untuk tarikh penting
- Jaminan software seumur hidup
- Software yang mesra pengguna dan mudah selenggara
- Untuk kemaskini aktiviti dan kuliah boleh melalui handphone dan juga laptop melalui sambungan WiFi device tersebut.
Cons
- Storage yang agak terhad iaitu 16GB
- Tidak boleh masukan video atau gambar resolusi besar. ( Full HD )
Jam Taqwim Solat PRO
Jam Solat yang paling laris dalam jualan kami. Sistem ini menggunakan sistem Informative Islamic Media (IIM). Sistem ini sudah berada dipasaran sejak 2013 sehingga sekarang dan telah digunakan lebih 1000 buat masjid di seluruh Malaysia.
Pro
- Mudah diselenggarakan.
- Mempunyai paparan jam dunia
- Untuk kemaskini aktiviti dan kuliah boleh melalui handphone dan juga laptop melalui sambungan WiFi device tersebut.
- Mempunyai bunyi notifikasi semasa waktu solat sudah masuk.
Cons
- Terdapat bayaran RM20.00 setiap tahun untuk kemaskini taqwim solat
- Tidak boleh menambah folder lebih dari 10. Hanya perlu guna folder yang telah disediakan sahaja.
- Paparan slide hanya mampu berresolusi 1280 x 720 HD.
Kami berharap, dengan penjelasan ini dapat memberi input kepada semua pembeli. Jika anda sudah mempunyai pilihan, sila hubungi kami sekarang. Kami sedia melayan anda. 011 63383928 sekarang...



