Pihak kami menerima tempahan dari utara tanah air, iaitu di Pulau Pinang. Ia merupakan Masjid baru yang terletak di Bandar Baru Sri Pinang. Nama masjid tersebut adalah Masjid Al-Bukhary, Bandar Baru Sri Pinang, Pulau Pinang.
MasyaAllah, indah sungguh masjid baru ini. Pihak AJK Masjid ini membuat keputusan untuk meletakan sistem Jam Solat RTS yang dikuasakan oleh IIM untuk memberi paparan kepada semua jemaah yang hadir. Semasa kami menerima pesanan ini, kami tidak sangka mereka memilih kami sebagai pembekal walaupun kami jauh di Kuala Lumpur.
Penghantaran hanya 2 hari sahaja diambil dan pihak AJK menerima barang kami dengan selamat. Dengan penghantaran melalui J&T Ekspres memang terbaik dan pantas walaupun kami menggunakan bungkusan pos laju.
InsyaAllah, jika kami ke Pulau Pinang, kami akan singgah ke sana untuk melihatnya sendiri.