Minggu ini, pihak kami sedikit sibuk dalam pemasangan Jam Taqwim Solat versi PRO. Permintaan yang tinggi atas produk ini membuat kami tidak menang tangan tetapi kami tetap akan memberi service yang terbaik untuk pelanggan kami.
Pihak AJK Surau Ehsaniah, Kg Pantai Dalam, Kuala Lumpur berminat untuk membeli 1 unit device Jam Taqwim Solat PRO untuk kegunaan Surau berkenaan bersama dengan HDMI Splitter 1 In 4 Out dan juga HDMI 20 Meter. Pada hari ini, kami hanya memasang untuk 2 TV walaupun di sana terdapat 3 TV yang disediakan.
Pihak AJK Surau Ehsaniah berminat untuk kami teruskan pemasangan ke TV seterusnya bersama aksesori yang diperlukan. Sepanjang pemasangan, pihak Surau Ehsaniah memberi layanan yang baik sepanjang kami di sana.
Sekiranya terdapat salah silap atau kekurangan, kami akan perbaiki tahap perkhidmatan kami.